Wednesday, February 9, 2011

sempena maulidur rasul 15 feb ni...

kt sni sye nk k0ngsi tengtang nabi kita nabi muhammad S.A.W..


BIODATA RASULULLAH SAW

* Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

* Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun
gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang
kota Ka ‘ abah).

* Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

* Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

* Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

* Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan
bapa Rasulullah SAW).

* Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

* Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘
diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

kelahiran baginda

hari kelahiran : Isnin
tarikh kelahiran : bulan rabi'ul awwal daripada tahun gajah (2/3/12) ada tiga pendapat dan yang masyhur di sisi jumhur adalah 12hb.
*ibn abbas pernah berkata : lahir di hari isnin,keluar berhijrah ke madinah hari isnin,wafat di hari isnin,mengangkat hajarul aswad di hari isnin.
tanda kelahiran : jatuhnya berhala-berhala,terbitnya cahaya sehingga boleh dilihat di istana-istana negeri syam,terpadamnya api majusi yang tak terpadam seribu tahun,bergegar mahligai Kisra dan runtuh beranda-berandanya.



USIA 5 TAHUN

* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

* Datuknya, ‘ Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

*Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

*Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

*Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

*Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

*Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

*Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

*Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

*Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

*Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ‘ abah.

*Pembinaan semula Ka ‘ abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

*Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
*Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
*Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
*Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
*Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
tahun 11H/ 8 Jun 632M.





ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

1)Khadijah Binti Khuwailid
2)Saudah Binti Zam ‘ ah
3)‘ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4)Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
5)Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6)Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7)Zainab Binti Jahsy
8)Maimunah Binti Harith
9)Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10)Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza

3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza

4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama ‘ berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas



SALASILAH RASULULLAH SAW.

anak-anak baginda


Anak-anak lelaki baginda kesemuanya meninggal dunia sebelum kenal islam dan masih kecil


1. Qasim
- anak pertama dan baginda digelar dengan (abu qasim : arab amik nama anak pertama)
- mati ketika 2 tahun beberapa bulan / 7hari / 7bulan


2. Abdullah
- dinamakan At-tayyib & At-tahir
- meninggal selepas baginda mendapat kenabian

3. Ibrahim
- ibunya mariah al-qibtiyyah
- dilahirkan di madinah pada zulhijjah tahun ke 8 hijrah
- meninggal pada 10 rabi'ul awal tahun ke 10 hijrah
- berlaku gerhana matahari pada hari kematiannya (zaman itu orang percaya gerhana ada kaitan dengan kematian seseorang)
baginda bersabda :
"sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah,kedua-duanya tidak menjadi gerhana kerana mati ataupun hidupnya seseorang"

4. Zainab
- anak perempuan sulung baginda
- melahirkan Ali dan mati ketika kecil
- melahirkan umamah yang menjadi isteri saidina Ali selepas kematian saidatina fatimah

5. Ruqayyah
- lahir selepas 3 tahun kelahiran zainab
- peluk islam ketika ibunya khadijah memeluk islam
- berkahwin dengan Saidina Uthman

6. Umm Kalsum
- berkahwin dengan Saidina Uthman selepas kematian Ruqayyah
baginda bersabda :
"jikalau aku punyai lagi anak perempuan,akanku kahwinkan dengan Uthman"

7. Fatimah
- anak bongsu dan yang paling disayangi
- lahir pada 5 tahun sebelum kenabian
- berkahwin dengan saidina Ali
- mendapat Hassan,Hussain,Zainab,Muhassin,Ruqayyah,Ummu Kalsum
- Muhassin meninggal ketika kecil
- Ruqayyah meninggal sebelum baligh

alamat kenabian baginda


1. dibelah dada baginda

- kali pertama ketika umurnya kecil di dalam susuan Halimah (sohih mengatakan 4 tahun)
- kali kedua ketika umur baginda 10 tahun
- kali ketiga ketika datang Jibrail menyampaikan wahyu
- kali keempat ketika malam isra' (dinyatakan di dalam 2 sohih)
*dibelah dada di sini bukan bermaksud keluarkan jantung ataupun hati baginda,hakikatnya tidak diketahui bagaimana kaifiyahnya wajib beriman tanpa ketahuinya.

2. khotamun nubuwwah

- khilaf ulama' dengan sifatnya
- ianya putih seperti hamamah (burung merpati)
- daging lebih (orang melayu cakap) pada belakang baginda
- terletak antara 2 bahu baginda

3. ru'yas solihah (akhlak terpuji)

- pandangan baginda seperti subuh menjelma
- seperti melihat cahaya dan mendengar suara
- menyampaikan salam ke atasnya pokok-pokok,batu-batu dan memayungi baginda alghamamah (awan mendung)
- Jabir ibn abdillah pernah berkata "aku tidak pernah mendengar rasulullah mengatakan 'tidak' pabila diminta sesuatu ke atasnya"
- Saidatina Aisyah pernah berkata "baginda tidak pernah memukul dengan tangan melainka jihad fi sabilillah,dan baginda tidak pernah memukul hamba dan perempuan"





ibu susuan baginda

1. Thuwaibah

- menyusukan selama sehari
- hamba abu lahab
- abu lahab menyambut kelahiran nabi dengan membebaskan Thuwaibah dan dikurangkan seksaan pada setiap hari isnin
*terdapat khilaf dalam perkara ini
- beliau hadir dalam perkahwinan rasulullah dengan khadijah
- rasulullah mencari (ziarah) beliau selepas hijrah hingga beliau meninggal dunia

2. Halimah binti Abu Zuaib AsSa'diah

- membawa rasulullah ke pekannya di belakang Toif
- disusukan rasulullah bersama kaum bani Sa'ad selama 4 tahun
- ketika tempoh itu,rezki halimah mencurah-curah dan keluarganya begitu bahagia
- ketika itu juga,Syaima (anak perempuan halimah) sedang menyusu
- tamat tempoh susuan itu pada tahun kelima kerana halimah takut dengan peristiwa pembelahan hati rasulullah oleh Jibrail alaihis salam
- hadir bertemu khadijah selepas perkahwinan dan mengucapkan tahniah dengan memberi 20 kepala kambing dan biri-birinya
- halimah juga kelihatan ketika berlakunya perang Hunain

3. Ummu Aiman

- wasiat daripada bapa rasulullah
- suaminya Zaid bin Harithah


kehidupan baginda sebelum perlantikan

Menjadi yatim pabila kematian bapanya dan dijaga oleh datuknya,Abdul Mutolib.Pabila umurnya mencecah 6 tahun,baginda dan ibunya bersama Ummu Aiman keluar menuju ke madinatul munawwarah dan menetap di sana selama sebulan.Kemudian dalam perjalanan pulang,Aminah jatuh sakit dan wafat serta dikuburkan di Abuwa.Ummu Aiman membawa baginda ke mekkah dan menyerahkan kepada Abdul Mutolib.
Umur mencecah 8 tahun,Abdul Mutolib pulang ke rahmatullah.Abu Talib bapa saudara baginda diwasiatkan untuk mengambil alih hak penjagaan baginda.Abu Talib lah perisai yang melindungi rasulullah.Pada mulanya kehidupan yang faqir.Bila rasulullah melangkah ke dalam keluarganya,kehidupannya perlahan-lahan menjadi senang.Dengan keberkatan menjaga junjungan mustoofa.
Pada umur 13 tahun,baginda menyampaikan hasrat untuk ikut Abu Tolib berdagang ke Syam.Pulang dari berdagang,Abu Tolib tidak mengizinkan lagi kerana takut dengan yahudi akan mengapa-apakan baginda selepas mendapat penerangan Buhaira (ahli kitab yang menerangkan tanda-tanda rasulullah nabi akhir zaman).Kali kedua keluar ke Syam adalah bersama Maisarah,hamba kepada Khadijah untuk berdagang barang dagangan Khadijah.





Muqaddimah


Setiap insan diberi suruhan dari tuhan.Salah satunya,berselawat ke atas rasul.Bagaimana kita selawat sedangkan kita tidak kenali baginda?bagaimana kita ingin suburkan cinta sedangkan tidak kita kenali orang yang kita mahu cintakan itu?Adakah kita kenal baginda lebih dari artis-artis di luar sana?
Bulan Rabi'ul Awwal makin tiba,berbaki belasan hari sahaja lagi.Bulan itu bagai berkata:"Ahlein..ahlein,ummat yang terbaik".Kenali siapa pemimpin dan sebaik-baik insan di muka bumi ini.
Jadi,blog ini bakal menge'post' syamail rasulullah sehingga 16hb februari 2011.
Allah menciptakan seorang insan
Yang dibanggakan oleh seluruh alam
Langit pernah cemburu kerana dia di dunia
Dia diangkat ke langit sebagai satu penghormatan
Allah mengarahkan dia menyeru insan yang lain
Bergerak sendirian dalam menunaikannya
Kemudian bersama khadijah,sang bidadari dunia
Harta hanya perhiasan dunia baginya
Allah menamakan dia dengan 'yang terpuji'
Hingga kini nama itu kekal dengan barokah
Hidupnya,matinya penuh dengan barokah
Kerana dia kekasih illahi

p/s:marilah kita bersama-sama banyakkan selawat keatas nabi



No comments:

Post a Comment